KOTA BHARU - Aliran trafik dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu melalui Gua Musang menunjukkan peningkatan berikutan orang ramai mula pulang ke kampung halaman sempena sambutan Aidilfitri.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, bilangan kenderaan bertambah di sepanjang laluan Gua Musang-Kota Bharu, terutamanya melibatkan kenderaan memasuki Kelantan.