Tuntut jawapan isu tanah ganti

Iklan
Gambar kecil: FIRDAUS

SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digesa untuk memberi penjelasan sama ada tanah ganti kepada pihak Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman diberikan secara percuma atau sebaliknya.

Pendakwah, Firdaus Wong berkata, penjelasan tersebut penting bagi membolehkan semua pihak mengetahui status rundingan kuil yang mendapat perhatian ramai itu.

Iklan
Iklan

"Semua pihak harus diberikan penjelasan sama ada kuil perlu membeli tanah tersebut atau diberi percuma atau kerajaan beli dan kemudiannya dijadikan sebagai hadiah. Kalau pihak kuil beli dengan harga pasaran, itu bagus.

"Tetapi, kalau diberi percuma atau kerajaan beli dan kemudiannya dijadikan hadiah ia tidak selesaikan masalah tapi akan menyebabkan lebih banyak masalah akan timbul. Ini juga akan jadi bad precedent yang akan dimanipulasi penceroboh tanah.

Iklan

Media pada Selasa melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan kehadirannya ke majlis meletakkan batu asas bagi pembinaan Masjid Madani di tanah wakaf yang dimilik syarikat tekstil, Jakel Group.

Menerusi perkembangan sama juga, pihak pengurusan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman akhirnya bersetuju untuk berpindah ke tapak baharu tidak jauh dari kawasan itu, sekali gus meredakan kontroversi pemindahan rumah ibadah berkenaan.

Iklan

Sementara itu ditanya mengenai saranan beliau terhadap mana-mana pihak yang berhasrat untuk membangunkan rumah ibadat bagi mengelak kontroversi sama berulang, Firdaus berkata, paling utama mematuhi undang-undang ditetapkan.

Ujarnya, pihak terlibat juga perlu memastikan infrastruktur yang ingin dibina dibangunkan di atas tanah yang dibeli sendiri serta membuat permohonan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Di pihak kerajaan dan PBT pula diharap tegas dalam menguatkuasakan undang-undang bagi mengelak sebarang kontroversi yang tidak diingini nanti," katanya.