RAMALLAH - Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Agama Palestin, Mohammad Mustafa Najm mengesahkan yang pihak berkuasa Israel enggan menyerahkan kawalan penuh Masjid Ibrahimi di Hebron termasuk kawasan halaman dan bahagian tertentu, seperti kebiasaan termasuk pada 10 malam terakhir Ramadan untuk menyambut lailatulqadar.
Najm yang dipetik Agensi Berita Palestin (WAFA) berkata, pasukan Israel menolak untuk membuka pintu timur masjid untuk kali keempat sepanjang Ramadan ini dan hanya membenarkan sebahagian masjid dibuka kepada umat Islam tanpa mengembalikan pengurusan penuh Masjid Ibrahimi, yang juga dikenali sebagai Gua Para Nabi, kepada penjaga rasmi masjid itu.