Semua stesen minyak di Kelantan beroperasi pada 1 Syawal

Iklan
Stesen minyak di Kelantan akan beroperasi pada 1 Syawal. (Gambar kecil: Azman) FOTO SINAR HARIAN-ADILA SHARINNI WAHID

KOTA BHARU - Kesemua 248 stesen minyak di Kelantan akan beroperasi seperti biasa pada 1 Syawal ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata, stesen minyak dikategorikan sebagai keperluan asas dan tidak tertakluk kepada sebarang penutupan sempena Aidilfitri.

Iklan
Iklan

"Cuma ada beberapa stesen yang memohon untuk membuka operasi sedikit lewat bagi memberi ruang kepada pekerja menunaikan solat sunat Aidilfitri,” katanya kepada pemberita sempena Majlis Berbuka Puasa di Pejabat KPDN Negeri Kelantan di sini pada Rabu.

Beliau berkata, daripada keseluruhan 248 stesen minyak, 48 daripadanya berada di kawasan sempadan yang menerima peningkatan permintaan bahan api ketika musim perayaan.

Iklan
Orang ramai beratur untuk mengisi petrol di stesen minyak di Pengkalan Chepa, Kota Bharu. FOTO SINAR HARIAN-ADILA SHARINNI WAHID

"Setakat ini, kita telah menerima permohonan tambahan kuota minyak daripada beberapa stesen, terutama di kawasan sempadan.

"Permintaan tinggi di kawasan itu bukan sahaja disebabkan oleh pergerakan penduduk tempatan, tetapi juga kemasukan pelancong serta pengguna yang melalui pintu masuk antarabangsa,” katanya.

Iklan

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya akan memastikan bekalan bahan api di negeri ini mencukupi dan pengguna tidak perlu bimbang mengenai sebarang gangguan operasi.

"Kita sentiasa memantau stok minyak di semua stesen bagi memastikan tiada masalah kehabisan bekalan sepanjang Aidilfitri.

"Pengguna juga dinasihatkan supaya merancang perjalanan dengan baik dan mengisi minyak lebih awal bagi mengelakkan kesesakan di stesen minyak pada saat akhir,” katanya.