KOTA BHARU - Kerajaan negeri sudah membuat persiapan dan membincangkan langkah-langkah yang diambil bagi memastikan bekalan air mencukupi sepanjang perayaan Aidilfitri.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, antara usaha yang diambil ialah mempersiapkan lori tangki untuk dihantar ke kawasan yang memerlukan.
Iklan
Iklan
Beliau memberitahu, orang ramai yang terputus bekalan air boleh menghubungi Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) untuk menghantar bekalan air ke lokasi mereka.
"Insya-ALLAH tidak akan berlaku masalah bekalan air kerana AKSB sudah ada persediaan," katanya selepas menghadiri Mesyuarat Exco pada Rabu.
Beliau turut memberitahu, kerajaan negeri juga bersedia menerima kepulangan perantau yang mungkin memberi kesan kepada penggunaan air.
"Sebagaimana tahun lalu, apabila musim perayaan, kita akan membuat lebih banyak persiapan supaya sumber asas itu sentiasa mencukupi," katanya.
Bagaimanapun, katanya lagi, kerajaan negeri berharap keperluan air mencukupi.