Mohamad Azmizan Abdul Ghani, 41, tekun memotong buluh di Kampung Merchang, Marang, untuk dijadikan pelita buluh bagi memenuhi permintaan pelanggan menjelang Aidilfitri.
Memasang pelita buluh atau panjut di halaman rumah pada malam tujuh likur dan sepuluh malam terakhir Ramadan merupakan tradisi yang masih dikekalkan, meskipun pelbagai jenis lampu elektronik berwarna-warni kini tersedia.
Iklan
Iklan
Bagi Mohamad Azmizan, kerinduan terhadap nostalgia Ramadan ketika zaman kanak-kanak mendorongnya untuk menghasilkan pelita buluh secara tradisional.
Demi memenuhi permintaan pelanggan, beliau yang bekerja sebagai pemandu treler sanggup 'menggantung' stereng buat sementara waktu bagi menyiapkan tempahan.
Bapa kepada tiga anak itu berkata, pelita buluh buatannya dijual pada harga RM15 sebatang. Foto Bernama