Seorang maut rempuh Myvi keluar simpang

Iklan
Keadaan 4x4 dan Perodua Myvi yang terlibat kemalangan di Jalan Springhill.

PORT DICKSON - Seorang maut selepas kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang dipandu terlibat dalam kemalangan dengan sebuah Perodua Myvi di Jalan Springhill di sini pada Selasa.

Kejadian pada jam 9.13 malam itu berlaku ketika 4x4 berkenaan dalam perjalanan dari arah Lukut menghala ke Springhill.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, kenderaan 4x4 jenis Toyota Hilux tersebut dipandu oleh lelaki berusia 37 tahun bersama seorang penumpang.

"Hasil siasatan awal mendapati, sebaik sampai di tempat kejadian, sebuah Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 28 tahun dari arah bertentangan telah membelok ke kanan jalan untuk keluar ke simpang sebelah kanan.

Iklan

"Pada masa sama, 4x4 yang sedang bergerak terus tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian hadapan sebelah kiri Perodua Myvi," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan 4x4 tersebut terbalik dan Perodua Myvi pula terbabas ke kanan jalan.

Iklan

Jelasnya, pemandu 4x4 cedera parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penumpangnya hanya mengalami cedera ringan.

"Pemandu dan penumpang Perodua Myvi pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Zulhelmi Azman di talian 016-9984806 atau boleh terus ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.