DAP Sarawak sedia dapatkan kerjasama GPS sokong PH

Iklan
Chong Chieng Jen

KUCHING - DAP Sarawak sedia untuk bekerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi menyokong Pakatan Harapan (PH), kata pengerusinya Chong Chieng Jen.

Beliau berkata, parti itu sedia mengenepikan sebarang perbezaan politik bagi tujuan bekerjasama dengan GPS untuk mengelak kelompok ekstremis daripada memperoleh kuasa selain menyelamatkan negara daripada terjerumus ke kancah kemusnahan.

Iklan
Iklan

"Negara kita kini di persimpangan. GPS perlu membuat keputusan dalam memilih antara terus bersama dengan pihak kleptokrat dan pelampau agama gabungan UMNO dan Pas atau memelihara gabungan progresif PH,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurutnya, kini terpulang kepada GPS untuk menentukan sama ada untuk menyokong gabungan yang melibatkan UMNO dan Pas atau gabungan PH.

Iklan
Iklan

"Saya merayu kepada pemimpin-pemimpin GPS untuk mengenepikan semua perbezaan politik sebelum ini dan bekerjasama dengan PH bagi menyelamatkan negara,” katanya. - Bernama