Sedekad World #QuranHour satukan hampir 8 bilion capaian media sosial umat Islam

Iklan
Tunku Azizah Iskandariah mencemar duli hadir ke program World #QuranHour 2025 yang berlangsung di Masjid Sultan Ahmad Shah, UIAM Gombak.

GOMBAK – [DIKEMAS KINI] Program World #QuranHour yang memasuki tahun ke-10 penganjurannya tahun ini mencatatkan penyertaan hampir 8 bilion capaian menerusi capaian di laman sosial dalam dan luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, program yang berlangsung pada setiap Ramadan sejak 2015 itu melibatkan penyertaan dari 76 negara dengan penganjuran di 313 lokasi di seluruh dunia.

Iklan
Iklan

"Tahun ini, kami berharap kehadiran 15 duta dari 15 negara luar dapat membawa panji-panji World #QuranHour ke negara masing-masing agar keindahan al-Quran dapat disebarluaskan.

Marhaini

"Program kali ini turut diadakan serentak di seluruh negara dengan mengangkat Surah al-Saff sebagai surah utama yang menekankan kepentingan kesatuan ummah dalam memperjuangkan agama Islam,” katanya ketika ditemui selepas program World #QuranHour 2025 di sini, pada Selasa.

Iklan

Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar turut mencemar duli berangkat ke program berkenaan yang berlangsung di lokasi perdana, Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Baginda tiba di pekarangan masjid pada jam 11.55 pagi diiringi isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar serta beberapa kenamaan lain.

Iklan
Program World #QuranHour yang memasuki tahun ke-10 penganjurannya tahun ini mencatatkan penyertaan hampir 8 bilion capaian menerusi capaian di laman sosial dalam dan luar negara.

Sementara itu, Marhaini menjelaskan bahawa Surah al-Saff dipilih bagi menyeru umat Islam agar bersatu seperti Bunyanun Marsus, iaitu saf yang tersusun kukuh, serta mencontohi semangat pembantu agama Allah yang setia, Hawariyyun.

"Dalam menghadapi cabaran global, terutamanya situasi di Gaza, kesatuan ummah menjadi semakin penting. Surah al-Saff memberi pedoman agar umat Islam terus bersatu, berjihad dengan harta dan jiwa, serta membentuk barisan yang teguh dalam mempertahankan kebenaran.

"Empat belas ayat daripada surah ini menjadi inspirasi agar umat Islam tampil sebagai ejen perubahan dengan jihad bagi memastikan kelangsungan perjuangan menegakkan kebenaran,” ujarnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa edisi kali ini mengumpulkan hampir 10,000 peserta menerusi kehadiran secara fizikal di lokasi perdana, siaran langsung di televisyen, serta capaian dalam talian.

Selain itu, sebanyak 1,370 lokasi di seluruh negara serta 25 lokasi di 19 negara turut mendaftar bagi penganjuran tahun ini.