Tunku Azizah cemar duli hadir World #QuranHour 2025

Iklan
Kelihatan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sedang mengalunkan Surah Al-Saff di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM, Gombak. - FOTO: SINAR HARIAN

GOMBAK - Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar mencemar duli berangkat ke Program World #QuranHour 2025 yang berlangsung di Majid Sultan Ahmad Shah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada Selasa.

Tunku Azizah tiba di pekarangan masjid pada jam 11.55 pagi bagi meluangkan masa mendengar bacaan Surah Al-Saff yang dipilih sebagai surah utama dalam program tersebut.

Iklan
Iklan

Kehadiran Tengku Ampuan Pahang diiringi isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan ramai lagi.

World #QuranHour tahun ini mengangkat tema 'Saving the Ummah' bagi menekankan kepentingan kesatuan ummah dalam memperjuangkan agama ALLAH SWT.

Iklan

Program berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) itu dinaungi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama strategik antaranya UIAM, Majlis Pengarah-apengarah Perpustakaan Awam Malaysia (MPQM), Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Rumah Ngaji dan Karya Bestari.

Ia turut mendapat kerjasama KDEB Waste Management, KL Tower Malaysia, Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd, Rasuah Buster, Sahabah Al-Quran serta badan kerajaan dan bukan kerajaan di dalam dan luar negara.

Iklan