Pesara swasta Zakariah Hamid, 63, mengemaskan susunan dekorasi lampu hiasan yang menggunakan sistem solar ketika tinjauan foto Bernama di rumahnya di Kampung Sri Langkas, semalam.
Kemeriahan Aidilfitri tidak akan lengkap tanpa hiasan yang menceriakan suasana, terutama pancaran cahaya berwarna-warni yang menerangi kediaman.
Bermula sejak 2021, Zakariah menjadikan pemasangan lampu hiasan sebagai tradisi tahunan untuk menyemarakkan sambutan Aidilfitri. Jika dahulu halaman rumah diterangi cahaya pelita atau panjut, kini beliau memilih lampu hiasan solar sebagai alternatif yang lebih mesra alam dan menjimatkan kos.
Dengan peruntukan sekitar RM3,000, Zakariah telah memasang 300 set lampu solar di sekeliling rumahnya, membolehkannya menikmati suasana meriah tanpa perlu bimbang mengenai peningkatan bil elektrik.
Menariknya, beliau turut memanfaatkan ruang halaman rumah yang luas untuk menampilkan hiasan bertemakan mercu tanda negara, termasuk replika Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur dan kapal terbang, menjadikan kediamannya sebagai tarikan utama di kawasan tersebut.