Wenger kagum DNA Arsenal
Iklan
Lewis-Skelly
ARSENAL terus membuktikan kehebatan akademi mereka dalam melahirkan pemain muda berbakat yang menyerlah di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL) hingga mendapat tempat dalam pasukan England.
Bekas pengendali Arsenal, Arsene Wenger menyifatkan kejayaan Bukayo Saka, Ethan Nwaneri dan Myles Lewis-Skelly bukti nyata kualiti akademi yang mempersiapkan pemain muda dengan betul.
Iklan
Iklan
"Jika pasukan pengambilan bakat muda mengenal pasti pemain berbakat, akademi mempersiapkan mereka dengan betul.
"Dan kita bersedia untuk menerima kesilapan mereka, kita akhirnya akan menuai hasilnya seperti Arsenal dengan Saka, Nwaneri dan Lewis-Skelly," kata Wenger.
Iklan
Wenger yang terkenal dengan polisi pembangunan pemain muda semasa era beliau, memuji komitmen pengendali Mikel Arteta dalam memberikan peluang kepada bakat-bakat muda.
Malah beliau percaya, pelaburan dalam akademi akan membuahkan hasil jangka panjang, walaupun berisiko melakukan kesilapan pada awalnya.
Iklan
"Ini adalah sebahagian daripada DNA kelab.
"Saya gembira nilai-nilai ini diteruskan kelab. Akademi juga melakukan kerja yang luar biasa," kata Wenger.
Kejayaan Saka, Nwaneri dan Lewis-Skelly adalah contoh terbaik bagaimana akademi Arsenal berjaya melahirkan pemain bertaraf dunia.
Saka yang kini menjadi tonggak utama The Three Lions, membuktikan bahawa pemain muda yang dipersiapkan dengan betul mampu mencapai kejayaan di peringkat tertinggi.
Nwaneri dan Lewis-Skelly, yang turut mendapat panggilan skuad England menunjukkan potensi mereka untuk mengikuti jejak langkah Saka.
INFO
Myles Lewis-Skelly (18 tahun)
>Debut cemerlang bersama England
>Minit Permainan: 168 minit (Dua perlawanan - Albania dan Latvia)
>Gol: 1
>Hantaran: 152
>Ketepatan Hantaran: 96 peratus
>Saingan dimenangi: 5/6
>Kesimpulan: Prestasi Lewis-Skelly bersama England sangat memberangsangkan biarpun menentang lawan yang kurang kuat.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>