Berpada-padalah menunjuk kaya
Iklan
Entah apa silapnya, di negara ini, ada segelintir pempengaruh yang suka menunjuk kekayaan mereka.
DUNIA ini belumlah terbalik tetapi sepertinya kehidupan manusia ini kian terbalik. Ketika kecil, kita selalu diberitahu ibu bapa agar hidup biarlah berpada-pada. Jangan menunjuk semua perkara yang kita ada. Yang patut disembunyikan, sembunyikanlah.
Jika kita ke masjid atau surau, ustaz yang mengajar kitab Penawar Bagi Hati akan berkali-kali memberi pesan, jagalah hati. Kerana hati itulah yang menjadi raja kepada anggota lain. Hati itulah membentuk watak kita.