Lelaki ugut bunuh Firdaus Wong dibebaskan dengan jaminan polis

Iklan
Shahrulnizam Ja'afar

PETALING JAYA - Lelaki yang dipercayai menghantar mesej ugutan bunuh terhadap pendakwah bebas, Firdaus Wong dibebaskan dengan ikat jamin polis pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, suspek yang ditahan kira-kira jam 1.30 petang, Sabtu di pekarangan Balai Polis Damansara telah direman dua hari.

Iklan
Iklan

"Reman dua hari lelaki itu tamat pada Isnin dan telah diberi jamin polis hari ini (Isnin).

"Kes masih dalam siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Muhamad Shahiren Ibrahim di talian 019-5693864," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pihak polis turut merampas sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk menghantar mesej ugutan tersebut.

Iklan

Media sebelum ini melaporkan pendakwah bebas, Firdaus Wong membuat laporan polis selepas mendakwa menerima ugutan bunuh di media sosial Facebook, susulan kenyataannya berhubung isu pembinaan kuil atas tanah milik pihak lain.

Firdaus, 40, berkata, ugutan itu diterima dalam mesej peribadi Facebook oleh satu akaun media sosial berkenaan.