AS mungkin kenakan larangan perjalanan ke negara terjejas Covid-19

Iklan
Donald Trump - Foto AFP

WASHINGTON - Presiden Donald Trump berkata, beliau akan memutuskan sama ada mengenakan larangan perjalanan ke atas negara mencatatkan jumlah kes koronavirus (Covid-19) yang tinggi, lapor agensi berita Sputnik.

"Kita sedang meneliti perkara itu dan akan membuat keputusan mengenainya tidak lama lagi," kata Trump pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Pada hari sama, Jabatan Negara mengeluarkan nasihat perjalanan baharu supaya warga Amerika Syarikat (AS) mempertimbangkan untuk mengunjungi Itali yang turut terjejas dengan wabak itu.

Setakat ini, AS mencatatkan 62 kes disahkan termasuk enam pesakit telah pulih.

Iklan

Dalam tempoh 24 jam lalu, beberapa kes baharu dilaporkan di Azerbaijan, Belarus, Iceland, Lithuania, New Zealand, Belanda dan Nigeria.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 53 negara terjejas setakat ini.

Iklan

Laporan harian WHO setakat Khamis menunjukkan 439 kes baharu di China dan 746 di lain-lain negara.

Itali mempunyai 78 kes baharu tertinggi di Eropah manakala Iran 46 kes dan Kuwait 31 kes. - Bernama