SHAH ALAM - Amaran hujan berterusan tahap waspada yang dikeluarkan jam 12.45 tengah hari pada 22 Mac lalu bagi kawasan di Kelantan dan Terengganu ditamatkan pada Isnin.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Arip berkata, berdasarkan analisis model, cuaca dijangka bertambah baik dan tiada potensi hujan berterusan di kawasan berkenaan.