ANKARA - Sekurang-kurangnya 41 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah kematian sejak Oktober 2023 meningkat kepada 50,021 orang, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik Kementerian Kesihatan pada Ahad.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Kesihatan memaklumkan jumlah itu termasuk dua mayat yang dikeluarkan daripada runtuhan dalam tempoh 24 jam lepas.