MAIK perkasa warga mualaf melalui zakat
Iklan
Mohd Anis (kanan) menyampaikan sumbangan kepada mualaf.
KOTA BHARU - Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) memperuntukkan sebanyak RM8 juta sebagai bantuan zakat kepada asnaf mualaf.
Timbalan Yang Dipertua MAIK, Mohd Anis Hussein berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM8 juta setahun dimanfaatkan untuk mengurus kelas fardu ain mingguan saudara baharu termasuk masyarakat Orang Asli.
Mohd Anis
Iklan
Iklan
Menurut beliau, sumbangan berkenaan meliputi elaun peserta, elaun guru dan aktiviti serta program.
"MAIK menerima banyak permintaan serta minat saudara baharu untuk belajar ilmu agama.
Iklan
"Peserta bagi program kelas pengajian fardu ain mingguan mualaf di Kelantan yang aktif membabitkan 10 jajahan setiap minggu pada tahun ini dengan jumlah seramai seramai 475 orang berbanding 450 peserta pada tahun sebelumnya," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri dan Berbuka Puasa Bersama Peserta Kursus Fardu Ain Mingguan Saudara Baharu 1446H/2025M di Dataran Masjid Muhammadi pada Sabtu.
Iklan
Hadir sama Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Dr Hasnan Ramli.
Mohd Anis memberitahu, sumbangan berkenaan akan diteruskan tahun ini bagi meraikan saudara baharu terutama yang baru memeluk agama Islam serta mengikuti kelas pengajian di semua jajahan negeri ini.
Hasnan (kiri) menyampaikan sumbangan kepada mualaf.
Katanya lagi, usaha itu jelas membuktikan MAIK sentiasa memperjuangkan kebajikan saudara baharu dan memajukan mualaf yang mengikuti pengajian terutama kebajikan menuntut ilmu pengetahuan dalam bidang keagamaan.
"Kita sentiasa memberi peluang kepada mualaf di Kelantan untuk mempelajari ilmu dengan baik dan sempurna sesuai tuntutan zaman," katanya.
Peningkatan pembayaran zakat 15 peratus
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan MAIK mencatatkan peratusan pembayaran zakat tertinggi iaitu dengan kutipan sebanyak RM296,523,766 tahun lalu.
Jelas beliau, peningkatan itu membabitkan sebanyak 15 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Bagi menggalakkan lebih ramai asnaf mengubah diri ke arah lebih baik, Mohd Anis berkata, wang zakat itu diagihkan mengikut program yang ditetapkan oleh MAIK.
Tambah beliau, antara bantuan yang dilaksanakan ialah bantuan keraian membabitkan RM315,000, bantuan pelajaran RM258,000, bantuan prasarana dakwah RM50,000, bantuan khas perayaan/ keraian RM1,240,000 dan bantuan program dakwah RM1 juta.
Mualaf asnaf berkumpul di Dataran Masjid Muhammadi sempena Majlis Penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri dan Berbuka Puasa Bersama Peserta Kursus Fardu Ain Mingguan Saudara Baharu 1446H/2025M pada Sabtu.
"Selain itu bantuan turut membabitkan bantuan pelindung sebanyak RM50,000, elaun guru agama Orang Asli MAIK RM895,000, kelas fardu ain RM3,500,000 dan pusat latihan RM330,000,” katanya.
Beliau juga memaklumkan program Sabtu merupakan bantuan tambahan kepada golongan saudara baharu dalam persiapan mereka menyambut 1 Syawal.
Program itu juga katanya untuk meraikan 132 saudara baharu yang baru memeluk agama Islam serta golongan asnaf di kawasan jajahan Kota Bharu dan setiap mereka menerima hamper dan wang tunai sebanyak RM200.
"MAIK merakamkan jutaan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pembayar zakat dan semoga ALLAH SWT memberikan ganjaran pahala yang berterusan kepada mereka," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Perarakan jentolak sempena Merdeka, gegar suasana kampung"><meta itemprop="description" content="Perarakan jentolak sempena Merdeka, gegar suasana kampung
Deruman enjin jentera berat menggegarkan suasana kampung apabila 10 jentolak, dua lori dan beberapa kenderaan pacuan empat roda menyertai perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chetok pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Perarakan sejauh kira-kira 300 meter itu mencuri perhatian penduduk apabila deretan jentera yang lazimnya digunakan di kawasan perlombongan pasir tampil memeriahkan sambutan kemerdekaan bersama masyarakat setempat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794247/edisi/kelantan/perarakan-jentolak-sempena-merdeka-gegar-suasana-kampung
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #HariKebangsaan #Perarakan #Jentolak #PasirMas"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-31T06:48:40.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P131S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb2njc6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb2njc6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb2njc6"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Akhbar 69 tahun catat sejarah kemerdekaan masih disimpan, pernah ditawar RM20,000"><meta itemprop="description" content="Akhbar 69 tahun catat sejarah kemerdekaan masih disimpan, pernah ditawar RM20,000
Naskhah akhbar lama berusia 69 tahun yang merekodkan detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957 masih disimpan rapi sebuah keluarga di Kampung Kekabu, Lemal, Pasir Mas meskipun pernah ditawar RM20,000 beberapa tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Naskhah The Sunday Times bertarikh 1 September 1957, iaitu sehari selepas pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu, kini berada dalam simpanan Noorulhuda Ibrahim, 44, selepas suaminya, Mohd Tarmizi Ismail meninggal dunia akibat sakit buah pinggang pada Ogos 2023.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794108/edisi/kelantan/akhbar-69-tahun-catat-sejarah-kemerdekaan-masih-disimpan-pernah-ditawar-rm20000
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Arkib #Akhbar #Sejarah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-30T10:09:05.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb2d7na"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb2d7na"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb2d7na"></script>