KOTA BHARU - Semua premis perniagaan seperti pasar raya, restoran makanan segera dan kedai serbaneka di negeri ini wajib menutup operasinya pada 1 Syawal sempena Hari Raya Aidifitri.
Keputusan itu selaras dengan peraturan pihak berkuasa negeri tentang penutupan operasi pada hari raya pertama untuk membolehkan pekerja muslim menyambut Aidilfitri.