Pelantar minyak jadi sasaran pencuri warga asing
Iklan
Tujuh warg asing ditahan Maritim Malaysia kerana mencuri di pelantar minyak Terengganu. Gambar kecil: Khairulanuar
KUALA TERENGGANU - Sebanyak 12 pelantar minyak tidak berpenghuni di sekitar perairan Terengganu dan hanya dipantau menerusi satelit oleh pemiliknya, kini menjadi perhatian sindiket pencuri warga asing.
Sindiket itu terdiri daripada nelayan warga asing yang kemudiannya berkomplot untuk mencuri logam dan beberapa peralatan serta komponen kritikal berharga bernilai puluhan juta ringgit di pelantar minyak tersebut.