Ducati raikan kehebatan Bagnaia

Iklan
Jentera Panigale V4 2025 satu penghormatan Ducati buat Bagnaia.

DUCATI melancarkan edisi khas terbaru Panigale V4 2025, sebuah penghormatan kepada kejayaan cemerlang pasukan itu di Grand Prix (GP) Itali MotoGP 2024, hasil sentuhan emas Francesco Bagnaia.

Dinamakan 'Panigale V4 Tricolore Italia', edisi terhad ini hanya akan dibina sebanyak 163 unit, dihiasi dengan corak warna 'azzurro' yang sama seperti jentera Ducati Lenovo di GP Itali tahun lalu.

Iklan
Iklan

Bagnaia dan Enea Bastianini sebelum ini mencipta sejarah dengan menduduki tempat pertama dan kedua, kemenangan dramatik yang disempurnakan dengan aksi pintasan di selekoh terakhir.

Kemenangan tersebut adalah salah satu daripada 11 kemenangan Bagnaia pada tahun lalu, diikuti kemenangan Sprint pertamanya musim 2024, seminggu selepas insiden kemalangan di pusingan terakhir Sprint Catalan.

Iklan

Biarpun berjaya meraih 11 kemenangan, Bagnaia gagal mempertahankan gelaran juara MotoGP buat kali kedua berturut-turut, apabila Jorge Martin muncul juara keseluruhan.

Namun, dari segi jumlah kemenangan, ia merupakan musim paling berjaya buat pelumba kelahiran Itali itu.

Iklan

Dilancarkan di Kementerian Perusahaan dan Pembuatan Itali, Panigale edisi khas ini dibina berdasarkan model Panigale V4 2025, yang enjinnya berakar umbi daripada enjin Desmosedici 2015.

Jentera ini juga diumumkan akan membuat penampilan sulungnya dalam perlumbaan Kejuaraan Dunia Endurance kelas Superstock tahun ini.

Panigale V4 Tricolore Italia dilengkapi komponen eksklusif seperti rim gentian karbon, klac kering, sistem brek perlumbaan dengan cakera 338.5mm dan kaliper Brembo GP4 Sport Production – ciri pertama kali dipasang pada motosikal produksi.

"Berada di Kementerian Perusahaan dan Pembuatan Itali, untuk mempersembahkan Panigale V4 Tricolore Italia adalah satu penghormatan besar dan menandakan kemuncak projek mencerminkan intipati sebenar buatan Itali.

"Saya masih ingat dengan penuh emosi perlumbaan Mugello tahun lalu, yang berakhir dengan kemenangan 'Azzurro' yang tidak dapat dilupakan di litar tuan rumah kami, tepat pada Hari Republik.

Kejayaan penuh makna ini diabadikan dalam bentuk nyata buat Ducatisti kami menerusi 163 motosikal unik – 1 seperti tempat pertama Pecco dan 63 seperti nombor perlumbaannya di MotoGP – yang melambangkan semangat dan jiwa sukan Itali, ekspresi keunikan kami di pentas antarabangsa,” kata," kata Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali.