Trump sedia bayar OT kepada angkasawan terkandas

Iklan
Kedua-duanya dibawa pulang oleh kapal angkasa SpaceX milik Musk yang juga 'Penasihat khas' Rumah Putih. - Foto Agensi

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memaklumkan beliau bersedia membayar kos 'lebih masa' kepada angkasawan yang terkandas selama sembilan bulan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Suni Williams dan Butch Wilmore dikatakan tidak menerima sebarang bayaran kerja lebih masa (OT) yang sepatutnya diterima berjumlah AS$5 (RM22) sehari atau bersamaan AS$1,430 (RM6,328) untuk tempoh 286 hari.

Iklan
Iklan

"Tiada siapa maklumkan kepada saya. Saya akan bayar guna wang sendiri kerana jumlahnya tidak terlalu banyak berbanding apa yang telah mereka tempuhi," kata Trump.

Beliau turut berterima kasih kepada SpaceX milik Elon Musk kerana membawa pulang Williams dan Wilmore pada Selasa lalu.

Iklan
Iklan

"Jika tiada Musk, mereka mungkin terpaksa tinggal lebih lama di sana dan ia mungkin berisiko menjejaskan tubuh mereka," ujarnya lagi. - Agensi