KDEBWM perkukuh nilai murni menerusi sokongan World #QuranHour

Iklan
World #QuranHour bukan sahaja memberi manfaat kepada individu, tetapi juga memperkukuh ekosistem kerja yang lebih harmoni dan berkualiti. Gambar fail (Gambar kecil: Mahfuzah)

SHAH ALAM – KDEB Waste Management (KDEBWM) menyokong penganjuran World #QuranHour dalam memupuk nilai-nilai murni serta membentuk masyarakat berilmu dan berakhlak mulia.

Penolong Pengurus Besar Komunikasi Korporat KDEBWM, Mahfuzah Muhamad Tarmidi berkata, sokongan ini bagi memperkukuh nilai integriti dan akauntabiliti, menyemai semangat kebersamaan dan ihsan dalam perkhidmatan, serta memperkasakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) berteraskan nilai Islam.

Iklan
Iklan

"World #QuranHour bukan sahaja memberi manfaat kepada individu, tetapi juga memperkukuh ekosistem kerja yang lebih harmoni dan berkualiti.

"Ia turut membantu membina masyarakat yang lebih bertanggungjawab dan berdisiplin dalam menjaga kebersihan serta kelestarian negeri Selangor.

Iklan

"KDEBWM berharap lebih banyak organisasi dan individu akan menyertai serta menyokong program seperti ini demi kebaikan bersama," katanya.

Beliau berkata, antara inisiatif utama yang diambil oleh KDEBWM termasuk mempromosikan World #QuranHour melalui platform media sosial rasmi dan saluran komunikasi dalaman, penyertaan staf di lokasi perdana seperti Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak pada 25 Mac ini, penajaan cenderahati kepada rakan media, serta memberi sokongan kepada penganjur, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF).

Iklan

"Selain itu, KDEBWM menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kebersihan dan kesejahteraan rakyat Selangor.

"Sebagai syarikat yang bertanggungjawab menguruskan kutipan sisa domestik dan pembersihan awam di seluruh negeri, KDEBWM telah memperkenalkan inisiatif penggunaan teknologi hijau dan sistem kutipan pintar.

"Langkah ini selaras dengan aspirasi kerajaan negeri untuk mencapai status rendah karbon menjelang 2030," katanya.

Di samping itu, menurutnya, KDEBWM turut menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dalam bidang logistik, operasi kutipan sampah, kejuruteraan alam sekitar, dan penyelenggaraan sistem pengurusan sisa.

"Syarikat ini juga aktif menjalankan program kesedaran melalui kempen kitar semula dan pendidikan di sekolah untuk menggalakkan amalan pengurangan sisa.

"Pendekatan digitalisasi melalui aplikasi pintar iClean Selangor membolehkan rakyat membuat aduan dan mendapatkan maklumat perkhidmatan kutipan sampah dengan lebih pantas dan telus.

"Dengan komitmen berterusan ini, KDEBWM yakin bahawa kolaborasi erat antara syarikat dan masyarakat akan terus berkembang, sekali gus menyumbang kepada kesejahteraan dan kelestarian negeri Selangor," katanya.