URA: Markah bonus Kerajaan Madani
Iklan
Walaupun terdapat kebimbangan yang sah mengenai pelaksanaan URA, penting untuk menilai manfaat jangka panjangnya.
SALAH satu akta yang hangat dibahaskan di Parlimen tahun ini ialah Akta Pembangunan Semula Bandar (Urban Renewal Act, URA).
Akta itu dicadangkan sebagai respons kepada banyak pangsapuri di kawasan bandar dibina pada 1980-an yang kini usang dan dianggap tidak selamat untuk didiami.