Tangani isu kuil dengan cermat
AWANG harap isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Kuala Lumpur ditangani secara cermat, penuh hormat dan tanpa kontroversi.
Maklumlah, ini soal agama dan tempat beragama. Hal yang kecil boleh jadi besar. Awang dah mula tengok komen macam-macam dalam media sosial. Yang tak tahu menahu buat sibuk jadi tambah keruh keadaan.
Pada masa rakyat kita nampaknya makin nipis toleransi agama dan kaum, Awang harap semua pihak baik syarikat Jakel, DBKL hinggalah pemegang amanah kuil haruslah cari jalan penyelesaian sebaiknya.
Awang puji semua pihak setakat ini yang bersuara beri penjelasan terbaik. Kata Jakel, tak berlaku perobohan. Kata DBKL akan dicari jalan penyelesaian. Datuk Bandar pun melawat ke tapak kuil itu. Pihak kuil pun membuka ruang untuk dialog. Baguslah begitu.