Kewajaran had tempoh PM
Iklan
Perbahasan had tempoh jawatan perdana menteri kembali jadi tumpuan politik Malaysia
PERBAHASAN had tempoh jawatan perdana menteri kembali jadi tumpuan politik Malaysia, dengan cadangan mengehadkan perkhidmatan kepada 10 tahun atau dua penggal, seperti disokong Perdana Menteri sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Langkah itu bertujuan mengelak pemusatan kuasa dan memastikan kepimpinan lebih dinamik. Namun, ia memerlukan kajian mendalam dan iltizam politik semua pihak agar tidak menjadi alat kepentingan tertentu.