Pekerja Bangladesh maut, 12 cedera nahas babitkan van, bas

Iklan
Anggota bomba sedang menjalankan usaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam nahas membabitkan sebuah van dan bas pada Jumaat.

KAJANG – Seorang lelaki warga Bangladesh maut, manakala 13 individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van pekerja dan bas berhampiran Markas SMART Penyelamat Malaysia, Pulau Meranti, di sini, pada Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata, kesemua mangsa terlibat merupakan pemandu dan penumpang van berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihak bomba menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 6.41 pagi.

"Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dikejarkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.

Iklan

"Pemandu van dan seorang lelaki warga Bangladesh berjaya dikeluarkan masing-masing pada jam 7.15 pagi dan 7.20 pagi. Bagaimanapun, lelaki warga Bangladesh itu disahkan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, keseluruhan mangsa yang terlibat adalah 13 individu, terdiri daripada seorang pemandu van iaitu lelaki tempatan, manakala 12 yang lain merupakan warga Bangladesh.

Iklan

"Seorang individu disahkan maut, tujuh lagi parah, manakala lima mangsa cedera ringan.

"Kesemua mereka yang cedera dihantar ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan lanjut," katanya.