Dua diburu belasah lelaki guna kayu, parang

Iklan
Tular rakaman kejadian pergaduhan di Jalan Raja Muda, Klang yang berlaku pada 7 Februari lepas.

KLANG – Polis giat mengesan dua lelaki berhubung kes pergaduhan di Jalan Persiaran Raja Muda di sini, yang berlaku pada 7 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam, mangsa, seorang lelaki berusia 37 tahun, dipukul oleh abang iparnya bersama dua rakan menggunakan kayu dan parang.

Iklan
Iklan

"Punca pergaduhan dipercayai berpunca daripada isu keluarga.

"Mangsa mengalami luka di kepala serta kecederaan pada kedua-dua tangan sebelum menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Iklan

"Satu laporan polis dibuat pada keesokan harinya dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menahan seorang lelaki berusia 41 tahun kira-kira jam 11 malam pada 12 Februari.

Iklan

"Suspek yang mempunyai enam rekod jenayah lampau telah dituduh di Mahkamah Klang pada 17 Februari," tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, polis mengesan satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai insiden itu yang tular di media sosial.

"Polis sedang berusaha mengesan dua lagi individu yang masih bebas. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 bagi membantu siasatan," ujarnya.