Bilal anak Neelofa lancar mengaji seawal usia tiga tahun

Iklan
Bacaan Bilal anak Neelofa mencuri hati sesiapa sahaja yang mendengar.

ALUNAN ayat suci al-Quran yang diperdengarkan oleh anak sulung selebriti dan usahawan Neelofa, Muhammad Bilal Muhammad Haris yang baru berusia tiga tahun, membuatkan ramai tersentuh serta kagum dengan didikan agama yang diterimanya sejak kecil.

Momen itu berlaku secara spontan ketika pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, 36, menjelaskan tentang al-Quran bersaiz besar yang diterimanya daripada rakan artis, Betty Rahmad.

Iklan
Iklan

Namun, perhatian beralih kepada Bilal yang sedang bersungguh-sungguh dan lancar membaca surah al-Fatihah.

Walaupun wajahnya tidak kelihatan, bacaannya mencuri hati sesiapa sahaja yang mendengar.

Iklan

Di media sosial, ramai memuji usaha Neelofa dan suaminya, Haris Ismail, dalam membesarkan anak mereka dengan pendidikan Islam yang kukuh.

Neelofa.

Iklan

"Sebutan (makhraj) Bilal macam umurnya sudah sembilan atau 10 tahun. Bagus mak ayah didik dari kecil," tulis Nazir Azmi.

"Abang Bilal bagusnya, Alhamdulillah anak soleh," puji seorang pengguna bernama SneakersPutih.

Falesya Aifa pula memberitahu, dia lebih tertarik dengan alunan al-Quran yang dibaca oleh Bilal.

"Saya tidak fokus apa Bilal cakap, saya fokus dan dengar apa yang dia sebut sampai letak telefon di telinga," katanya.