PM 2 penggal: Falasi atau populis?
Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai cadangan had 10 tahun PM.
KETIKA berada dalam pasukan manifesto Pilihan Raya Umum 2018, soal mengehadkan penggal perkhidmatan perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri telah diletak menjadi agenda teratas dalam draf akhir manifesto tersebut.
Bila tiba hari pembentangan, semangat berkobar pasukan telah bertemu kekangan. Kami disuruh keluar secara en bloc dari bilik mesyuarat untuk membetulkan cadangan radikal,"tidak masuk akal" tersebut.