Yayasan Bank Rakyat terima anugerah ‘Excellence Award’
Iklan
Khairul Na’im (dua kanan) mewakili pengurusan kanan YBR menerima anugerah ‘Excellence Award’ dalam kategori Organisasi Bukan Berkeuntungan di Majlis Malaysia National Business Awards 2025.
YAYASAN Bank Rakyat (YBR) terus mengukuhkan reputasi dalam memperkasakan masyarakat apabila menerima pengiktirafan ‘Excellence Award’ dalam kategori Organisasi Bukan Berkeuntungan di Majlis Malaysia National Business Awards 2025.
Menurut Ketua Bahagian Pentadbiran Korporat YBR, Khairul Na’im Ariffin, pengiktirafan ini adalah hasil usaha berterusan yayasan dalam meningkatkan sosioekonomi rakyat melalui pelbagai inisiatif pendidikan dan program kemasyarakatan.
Iklan
Iklan
"Anugerah ini adalah satu pencapaian besar bagi YBR dan bukti komitmen kami dalam memacu pembangunan masyarakat tanpa mengira bangsa, kaum dan agama.
"Ia juga menjadi motivasi kepada kami untuk terus melaksanakan program yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.
Iklan
Wakil pengurusan kanan YBR, Khairul Na’im (dua kanan) menerima anugerah ‘Excellence Award’ dalam kategori Organisasi Bukan Berkeuntungan di Majlis Malaysia National Business Awards 2025.
Anugerah berprestij itu disampaikan dalam satu majlis gilang-gemilang yang berlangsung di Hotel InterContinental, di sini pada Khamis.
Khairul Na'im yang juga wakil pengurusan kanan YBR hadir menerima anugerah tersebut bagi pihak organisasi berkenaan
Iklan
Tambahnya, kejayaan ini juga tidak akan tercapai tanpa kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak yang sentiasa bersama YBR dalam usaha memperkasakan masyarakat.
Sepanjang tahun 2024, YBR telah memperuntukkan RM41 juta bagi menaja Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) kepada 424 pelajar Institut Pengajian Tinggi di seluruh negara.
Selain itu, yayasan ini turut melaksanakan sebanyak 933 program tanggungjawab sosial korporat (CSR), memberi manfaat kepada lebih 185,000 penerima di seluruh Malaysia.
Pengiktirafan yang diterima ini mengukuhkan lagi peranan YBR dalam memastikan bantuan pendidikan dan kebajikan terus disalurkan kepada golongan yang memerlukan, sejajar dengan matlamatnya untuk membangunkan masyarakat yang lebih lestari dan berdaya saing.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>