WASHINGTON - Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mengurangkan 50,000 hingga 60,000 tenaga kerja awam melalui pemecatan, peletakan jawatan, dan pembekuan pengambilan pekerja dalam beberapa bulan akan datang, lapor Xinhua.
Berhasrat mengurangkan lima hingga lapan peratus daripada tenaga kerja awam Jabatan Pertahanan yang berjumlah kira-kira 900,000, Setiausaha Pertahanan, Pete Hegseth menyasarkan untuk mengurangkan kira-kira 6,000 jawatan sebulan dengan tidak mengisi semula jawatan apabila pekerja berhenti, menurut ABC News pada Selasa, memetik seorang pegawai pertahanan kanan.