Wanita Kelantan guna duit syiling beli barang kemas
Iklan
Harga emas semasa yang melambung naik tidak menyekat keinginan peminat barangan kemas sehingga ada dalam kalangan mereka sanggup membayarnya menggunakan wang syiling untuk memastikan dapat digayakan semasa Aidilfitri nanti.
KOTA BHARU - Walaupun harga emas semasa hampir mencecah RM500 bagi satu gram, namun peminat barang kemas di sini tidak pernah mengeluh malah menjadi tradisi membeli emas setiap kali menjelang Aidilfitri.
Ia diakui sendiri oleh Pegawai Sumber Manusia MZ Gold Sdn Bhd, Nur Akmal Ahmad Tajuddin, malah ada di antara pelanggannya membuat pembayaran barangan kemas itu dengan menggunakan wang syiling.
Iklan
Iklan
Menurut Nur Akmal, sepanjang Ramadan ini pihaknya telah menerima lima pelanggan yang datang ke kedai membawa duit syiling untuk membuat pembayaran bagi memastikan dapat menggayakan barangan kemas baharu semasa Aidilfitri nanti.
Walaupun harga emas semasa hampir mencecah RM500 bagi satu gram, namun rakyat Kelantan tidak pernah mengeluh malah menjadi tradisi membeli emas setiap kali menjelang Aidilfitri.
"Ada pelanggan dari Gua Musang sanggup datang ke sini membawa tabung yang disimpan selama 17 tahun.
Iklan
"Seorang pembeli wanita berusia 30-an memberitahu dia menabung wang syiling dan hasil kiraan berjumlah RM3,000 lebih. Dengan jumlah simpanan itu membolehkannya membeli seutas rantai tangan," ujarnya kepada pemberita di sini.
Nur Akmal berkata, pada awalnya pihaknya sedikit mengeluh kerana pekerja perlu mengambil masa yang lama bagi mengira duit syiling yang bernilai ribuan ringgit itu.
Iklan
"Namun apabila melihat wajah pelanggan yang begitu teruja untuk memiliki barang kemas lebih-lebih lagi untuk digayakan semasa Aidilfitri, kami sanggup menerimanya," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lebih 100 penoreh getah di Kuala Krai ‘gantung’ pisau gara-gara pak belang"><meta itemprop="description" content="Lebih 100 penoreh getah di Kuala Krai ‘gantung’ pisau gara-gara pak belang
Kemunculan seekor ibu harimau belang bersama anaknya di beberapa kampung di Kuala Krai bukan sahaja mencetuskan kebimbangan penduduk, malah menjejaskan sumber pendapatan lebih 100 penoreh getah yang terpaksa menghentikan rutin harian mereka sejak hampir dua minggu lalu.
Lebih membimbangkan, haiwan pemangsa itu dipercayai berkeliaran di kebun getah dan semakin menghampiri kawasan penempatan penduduk sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk serta haiwan ternakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801601/edisi/kelantan/lebih-100-penoreh-getah-di-kuala-krai-gantung-pisau-gara-gara-pak-belang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ancaman #harimau #penorehgetah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-23T07:53:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P188S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqmxuu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqmxuu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqmxuu"></script>