'10 hari dapat RM1,000'

Iklan
Omardin (kiri) datang ke Malaysia pada Rabu dan dipercayai mengemis di Masjid Muhammadi.

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) warga Thailand mendakwa mampu mengumpul sebanyak RM1,000 dalam tempoh 10 hari terakhir Ramadan di negara ini.

Lelaki berusia 47 tahun yang dikenali sebagai Omardin itu sanggup menaiki kenderaan yang ditambang semata-mata mahu datang ke Masjid Muhammadi untuk mengemis minta sedekah.

Iklan
Iklan

Omardin yang mengaku dari Pattani itu menggunakan pas lawatan sosial dan tiba di Malaysia pada Rabu.

"Saya datang ke sini kerana setiap Ramadan ramai yang menghulurkan sedekah terutama 10 hari terakhir Ramadan," katanya ketika Ops Bersih Ramadan pada Khamis.

Iklan

Operasi diketuai Ketua Bahagian Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Mohd Hakimie Md Salleh.

Dia yang cacat kaki kiri akibat demam kepialu itu memberitahu, hanya bermodalkan RM50 sebagai tambang kenderaan untuk datang ke Malaysia.

Iklan

"Bagaimanapun saya menaiki bas dari Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Rantau Panjang ke masjid ini," katanya.

Katanya lagi, waktu berbuka dia akan bersama jemaah masjid berbuka puasa di masjid berkenaan.

Lelaki berkenaan antara 11 pengemis termasuk dua warga asing yang ditahan dalam operasi itu.

Seramai 36 pegawai dan penguat kuasa beberapa agensi termasuk Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terlibat dalam operasi selama empat jam bermula 9 pagi.