KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan akan mengumumkan berita gembira kepada penjawat awam serta rakyat di negeri ini pada Rabu nanti.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, pengumuman tersebut akan diumumkan sebaik sahaja mencapai kata putus semasa mesyuarat Exco nanti.