Semua bunga api yang dijual juga tidak selamat - CAP
Iklan
Implikasi bermain mercun dan bunga api mendatangkan risiko sangat besar kepada kanak-kanak dan remaja. (Gambar kecil dari kiri: Mohd Yusrizal, Hatijah) Gambar hiasan
SHAH ALAM - Semua jenis mercun dan bunga api adalah berbahaya untuk dijual kepada orang ramai walaupun penjualannya dibenarkan.
Pegawai Penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Hatijah Hashim berkata, implikasi bermain mercun dan bunga api mendatangkan risiko sangat besar kepada kanak-kanak dan remaja walaupun di bawah pengawasan ibu bapa.