'Saya amat bertuah, lain agama tetap kemanusiaan'
Iklan
Laporan Sinar Harian berkaitan warga emas tampar lelaki kerana makan di bulan Ramadan.
BULAN ini bulan Ramadan yang mulia. Izinkan saya merakamkan kesyukuran atas peluang dapat berkenalan dengan ramai Muslim yang baik sepanjang hayat saya.
Islam agama indah yang adil dan penyayang. Islam mengajak manusia menghargai kepelbagaian kerana kita dicipta berbeza untuk saling mengenali. Saidina Ali pernah berkata, kalau kita bukan saudara seiman, kita tetap setara dalam kemanusiaan.