Peniaga aktif promosi mercun, bunga api di media sosial
Iklan
Peniaga giat menjual mercun dan bunga api di media sosial seawal 1 Ramadan lalu. - Gambar hiasan
SHAH ALAM - Kebanyakan peniaga dalam talian didapati mengambil peluang menjual mercun dan bunga api pada harga bermula RM7 bahkan ada juga yang mencecah RM150 bergantung kepada jenis masing-masing.
Tinjauan Sinar Harian turut mendapati peniaga dikatakan sudah giat melakukan promosi di media sosial seawal 2 Mac bersamaan 1 Ramadan.