Besarnya cabaran laksana kebenaran
Iklan
Golongan penghasut telah banyak meruntuhkan ikatan persahabatan, mendorong perceraian, membesarkan buruk sangka bagi tujuan ‘membunuh’ peribadi seseorang dengan harapan dia dan kelompoknya hidup selesa tanpa gangguan. Gambar hiasan
HAKIKATNYA, dalam menegakkan kebenaran, sesiapapun, bila pun dan di mana pun akan menghadapi cabaran sangat besar. Fenomena itu seakan-akan ‘sumpahan’ kepada mereka yang berada dalam kelompok tegakkan kebenaran.
Tidak hairanlah kelompok itu dianggap sebagai ‘duri’ yang menikam golongan yang telah hidup selesa dengan bersenang-lenang. Namun, kebenaran perlu ditegakkan kerana itulah tujuan manusia diciptakan oleh ALLAH SWT sebagai khalifah.