SHAH ALAM - Jenama suplemen kesihatan, VitaHealth terus menyebarkan kebaikan sempena Ramadan dengan memberikan sumbangan 500 pek makanan kepada pengunjung dan menyantuni anak-anak yatim dalam suasana penuh keprihatinan.
Mereka dibawa berbuka puasa bersama dalam program Iftar Ala Madinah @Karangkraf, mengukuhkan semangat kebersamaan. Pengurus Pemasaran Kanan VitaHealth, Elysse Ngan berkata, seramai 32 kanak-kanak bersama penjaga dari Pertubuhan Kebajikan Ar-Rahmaniah dan Madrasah Tahfiz Khairul Kalam, Selangor, dijemput untuk menikmati juadah berbuka puasa.
"VitaHealth turut menyampaikan sumbangan berupa barang keperluan dan suplemen kesihatan kepada anak yatim serta penjaga mereka,” katanya ketika ditemui di Dataran Karangkraf, di sini pada Jumaat.
Menurutnya, program tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) syarikat dalam menyantuni serta membuat kebajikan kepada masyarakat.
"Biasanya pada setiap kali musim perayaan kami akan melawat rumah anak yatim atau orang tua dan beri tajaan, tetapi istimewanya kali ini, kita bawa mereka keluar dan berbuka puasa bersama-sama dengan orang ramai.
"VitaHealth nak memberi semula kepada masyarakat dan sebarkan kebahagiaan. Jenama milik Australia ini sudah 78 tahun berada dalam pasaran serta disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
"Kami menjual suplemen kesihatan yang menyeluruh seperti fizikal, mental, kecergasan dan kulit, luaran serta dalaman. Semestinya juga produk kita sangat berkualiti diluluskan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) serta selamat dinikmati oleh pelbagai peringkat umur yang berbeza termasuk kanak-kanak, dewasa atau orang tua,” katanya.
Dalam pada itu, mengulas berkenaan program di Iftar Ala Madinah @Karangkraf, beliau berkata, pihaknya turut menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma oleh pakar diet bagi menilai keperluan kesihatan individu.
Jelasnya, pemeriksaan itu bertujuan untuk memberikan cadangan gaya hidup serta suplemen yang bersesuaian.
"Bukan itu sahaja, pengunjung akan dapat hadiah percuma dan promosi menarik, ada juga ujian kesihatan percuma dan konsultasi kesihatan yang dibuat oleh pakat diet,” ujarnya.
Kata Elysse, VitaHealth menekankan kepentingan membina hubungan erat dengan masyarakat melalui aktiviti ESG yang medianjurkannya, sambil menyebarkan kegembiraan.
"Ini bukan sekadar menjual suplemen, tetapi membina hubungan dengan masyarakat.
"VitaHealth bukan sekadar mencipta apa yang kami mahukan tetapi memahami keperluan nutrisi mereka, mengesyorkan apa yang benar-benar pelanggan perlukan dan membatu mereka membuat pilihan yang bijak,” katanya.
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web VitaHealth