MAIS salur 11.7 juta bantu asnaf riqab atasi isu akidah, sosial

Iklan
Hashim (dua dari kanan) menyerahkan cek sumbangan kepada wakil penerima pada program itu pada Rabu.

KLANG - Sebanyak RM11.7 juta diperuntukkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi membantu kebajikan asnaf riqab yang menghadapi masalah akidah dan sosial di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Riqab MAIS, Tan Sri Hashim Meon berkata, bantuan itu meliputi kos program, pengurusan dan penjagaan asnaf di bawah seliaan MAIS tahun ini.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, pihaknya komited membantu golongan itu yang memerlukan bantuan pemulihan, perlindungan, rawatan dan pencegahan bagi menggalakkan mereka kembali ke pangkal jalan.

"MAIS turut menyumbang RM400,000 kepada 1,000 asnaf riqab bagi persiapan awal menyambut Aidilfitri," katanya pada Program Tadarus dan Iftar Perdana Riqab MAIS di Bandar Bestari di sini pada Rabu.

Iklan

Sumbangan menerusi Geran Bantuan Pemulihan Riqab itu disalurkan kepada 27 buah Rumah Pemulihan Riqab (RPR).

Antara penerima sumbangan ialah Pertubuhan Amal dan Kebajikan Anak-Anak Islam Tersisih Selangor (PAKATS), Pertubuhan Insan Permata Disayangi (PINTAS) dan Rumah Perlindungan dan Bimbingan Wanita Bayt Rahmah.

Iklan

Pada program itu, seramai 145 asnaf bertadarus disusuli majlis khatam al-Quran dan solat terawih.

Hashim berkata, keseluruhan bantuan yang diagihkan itu menggunakan peruntukan zakat asnaf riqab

Sehubungan itu, katanya, pihaknya berharap bantuan itu dapat digunakan sebaik mungkin oleh penerima tersebut.

"Inisiatif ini membantu RPR menjalankan tanggungjawab sosial dalam memastikan asnaf riqab diberi perlindungan, pemulihan dan bimbingan sewajarnya," tambah beliau.