'Saya hadir sebagai seorang sahabat' - Bella Astilah

Iklan
Kehadiran Bella Astilah ke Mahkamah Rayuan di Putrajaya bagi memberi sokongan terhadap Syed Saddiq mencuri tumpuan.

PUTRAJAYA –"Insya-ALLAH, saya datang esok, saya hadir sebagai seorang sahabat”.

Demikian kata Bella Astilah ketika ditanya sama ada selebriti itu akan hadir ke Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis, selepas panel tiga hakim menangguhkan prosiding hujahan pada hari kedua.

Iklan
Iklan

Bella, 31, berkata, kehadirannya memberi sokongan sebagai seorang sahabat, lebih-lebih lagi rakan kerjasama kolaborasi.

"Tidak pasti jika ada keputusan, jadi kita tunggu esok lah ya,” kata penyanyi itu.

Iklan
Bella Astilah (dua dari kiri) bersama ahli keluarga Syed Saddiq selepas sesi prosiding rayuan berhubung sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta atas empat kesalahan berkaitan dana Armada di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Rabu.

Terdahulu, kehadiran Bella ke mahkamah mencuri perhatian ramai apabila pelakon itu, dilihat berada di samping Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Bella kelihatan cantik mengenakan baju kurung ketika hadir di mahkamah pada jam 8.40 pagi.

Iklan

Sementara itu, Syed Saddiq berkata, Bella merupakan seorang wanita yang luar biasa.

"Saya terhutang budi dengannya," kata ahli politik itu ketika sidang media.

Mahkamah sebelum ini menetapkan Rabu dan Khamis bagi prosiding pendengaran rayuan Syed Saddiq, 33, untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Sebelum ini Bella pernah menemani ahli politik itu ke sidang sidang Dewan Rakyat yang mana Syed Saddiq segak berbaju Melayu sementara Bella berbaju kurung dengan rona sedondon.

Video kehadiran Bella di Parlimen, turut dikongsi menerusi Facebook Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.