'Bella wanita luar biasa, saya terhutang budi' - Syed Saddiq

Iklan
Kehadiran Bella Astillah ke Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, mencuri perhatian ramai apabila selebriti itu dilihat berada di samping Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

PUTRAJAYA - Kehadiran Bella Astillah ke Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, mencuri perhatian ramai apabila selebriti itu dilihat berada di samping Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Bella kelihatan cantik mengenakan baju kurung ketika hadir di mahkamah pada jam 8.40 pagi.

Iklan
Iklan

Sementara itu, Syed Saddiq berkata, Bella merupakan seorang wanita yang luar biasa.

"Saya terhutang budi dengannya," kata ahli politik itu ketika sidang media.

Iklan
Pelakon dan penyanyi, Bella Astilah mencuri perhatian apabila tiba di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Rabu bagi memberi sokongan kepada Syed Saddiq.

Mahkamah sebelum ini menetapkan Rabu dan Khamis bagi prosiding pendengaran rayuan Syed Saddiq, 33, bagi sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Sebelum ini Bella pernah menemani ahli politik itu ke sidang sidang Dewan Rakyat yang mana Syed Saddiq segak berbaju Melayu sementara Bella berbaju kurung dengan rona sedondon.

Iklan

Video kehadiran Bella di Parlimen, turut dikongsi menerusi Facebook Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.