LOS ANGELES - Dua angkasawan NASA, Suni Williams dan Butch Wilmore yang terkandas di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sejak Jun tahun lalu, akhirnya selamat kembali ke Bumi pada petang Selasa, lapor agensi berita Xinhua.
Mereka pulang bersama rakan sepasukan dari Crew-9, iaitu angkasawan NASA Nick Hague dan angkasawan Roscosmos, Aleksandr Gorbunov dengan menaiki kapal angkasa Dragon milik SpaceX.