PTPTN dicadang guna model pembiayaan Qardh al-Hasan
Iklan
Sehingga 2023, jumlah tunggakan pinjaman pendidikan PTPTN adalah sebanyak RM10.853 bilion manakala bayaran balik diterima RM3.553 bilion atau mewakili 32.7 peratus. Foto kecil: Ahmed Razman
SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dicadangkan supaya mempertimbangkan model pembiayaan baharu menggunakan kaedah Qardh al-Hasan atau pinjaman ihsan seperti dilaksanakan di beberapa negara lain bagi mengatasi isu tunggakan bayaran oleh peminjam.
Pengarah Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan Putra Business School (PBS), Profesor Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, kaedah itu berbentuk pinjaman ikhlas yang tidak mengenakan faedah atau syarat tambahan pada saat pengembalian pinjaman.