Fahmi optimis pemilihan PKR seiring hala tuju parti
Iklan
Fahmi melihat produk batik ketika meluangkan masa mengunjungi Bazar Kraf Aidilfitri di Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada Selasa. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil optimis perwakilan parti itu akan memilih barisan kepimpinan yang selari dengan hala tuju PKR dalam pemilihan pada 24 Mei ini.
"Terpulang kepada anggota parti yang akan menjadi perwakilan ke Kongres Nasional Khas PKR di Johor nanti untuk memilih saf kepimpinan yang mereka anggap sesuai dengan hala tuju yang diinginkan bagi parti.
Iklan
Iklan
"Saya melihat, sama ada kalah atau menang, parti harus bersikap terbuka dan merangkul kekuatan semua ahli yang ingin bersama membina sebuah negara Madani,” katanya ketika ditemui di Bazar Kraf Aidilfitri anjuran Persatuan Pengusaha Batik Terengganu di Kompleks Kraf di sini pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pencalonan Nurul Izzah Anwar sebagai Naib Presiden parti serta menjangkakan lebih ramai calon akan mengumumkan penyertaan mereka dalam pemilihan kali ini dalam tempoh terdekat.
Iklan
Fahmi, yang sebelum ini mengesahkan akan bertanding jawatan Naib Presiden PKR, turut mengingatkan anggota parti agar mematuhi peraturan dan mengamalkan budaya pemilihan yang harmoni.
Mengulas lanjut, beliau berharap semua pihak dapat menerima keputusan pemilihan dengan semangat kesepaduan.
Iklan
"Harapan saya, seperti kata pepatah Melayu lama-biduk lalu, kiambang bertaut. Apa pun keputusannya nanti, kita adalah satu pasukan dan kita mahukan yang terbaik untuk Malaysia,” katanya.
Selain Fahmi, empat penyandang jawatan Naib Presiden PKR sebelum ini telah menyatakan hasrat mempertahankan kedudukan mereka, iaitu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun; Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad; serta Nurul Izzah.
Selain itu, Fahmi juga mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Cabang PKR Lembah Pantai selepas jawatan tersebut tidak dicabar dalam pemilihan parti pada April ini. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>