Pelajar-pelajar Pondok Moden Al-Abaqirah MAIWP Batu Caves membaca ayat-ayat suci Al-Quran beramai-ramai bagi mengimarahkan Ramadan.
Hari ini, yang juga hari ke-17 Ramadan merupakan peristiwa Nuzul Quran yang disambut oleh seluruh umat Islam bagi memperingati peristiwa turunnya kitab suci Al-Quran.
Peristiwa Nuzul Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad melalui perantaraan malaikat Jibril ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira.
Perkataan"Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Muhammad maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-Quran.