ACLE: Ronaldo ketuai Al-Nassr berdepan Yokohama Marinos

Iklan
Ronaldo

KELAB Arab Saudi, Al-Nassr yang dikemudikan Cristiano Ronaldo diundi bertemu naib juara tahun lalu, Yokohama F Marinos dari Jepun dalam suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) bulan depan.

Rakan senegara Al-Nassr dari Liga Pro Saudi, Al-Hilal pula menentang pendatang baru kejohanan dari Korea Selatan, Gwangju FC.

Iklan
Iklan

Al-Ahli, kelab ketiga dari Arab Saudi yang mara ke lapan pasukan terakhir, akan menentang Buriram United dari Thailand dan pasukan Jepun, Kawasaki Frontale, berdepan Al-Sadd dari Qatar.

Keempat-empat aksi suku akhir akan berlangsung di Jeddah sebagai sebahagian daripada kejuaraan berpusat yang juga akan menyaksikan bandar pelabuhan Arab Saudi itu menjadi tuan rumah separuh akhir dan akhir.

Iklan

Al-Hilal, pemenang gelaran rekod empat kali, akan bertemu dengan Gwangju dalam perlawanan pembukaan fasa akhir pada 25 April.

Yokohama F Marinos akan menentang Al-Nassr manakala Al-Ahli pula bertemu Buriram United pada 26 April dengan Kawasaki menghadapi Al-Sadd pada 27 April.

Iklan

Separuh akhir pada 29 dan 30 April, dengan perlawanan akhir diadakan di King Abdullah Sports City pada 3 Mei.

INFO

Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE)

Suku Akhir

Al-Hilal (Arab Saudi) lwn Gwangju FC (Korea Selatan)

Al-Ahli (Arab Saudi) lwn Buriram United (Thailand)

Yokohama F Marinos (Jepun) lwn Al Nassr (Arab Saudi)

Kawasaki Frontale (Jepun) lwn Al-Sadd (Qatar)