Kes Eda Ezrin: Pendakwa raya belum kemuka rayuan
Iklan
Eda Ezrin, suami serta empat rakannya berada di Penjara Wilayah Narathiwat bagi membolehkan pihak pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu.
KOTA BHARU – Bapa kepada penyanyi terkenal Kelantan, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, iaitu Wan Ismail Wan Yusof, 52, memaklumkan bahawa pihak pendakwa raya masih belum mengemukakan rayuan terhadap keputusan pembebasan anaknya, suami serta empat lagi rakan mereka setakat ini.
"Hasil maklumat yang diterima semasa lawatan, Eda Ezrin memberitahu bahawa pendakwa raya masih belum berbuat demikian.
Iklan
Iklan
"Perkara itu dikongsikan oleh Eda Ezrin semasa ibu dan adiknya melawatnya di Penjara Wilayah Narathiwat pada Khamis lalu," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Menurut Wan Ismail, pihak keluarga berharap agar pendakwa raya tidak mengemukakan rayuan dan berdoa semoga ada keajaiban berlaku supaya Eda Ezrin dapat dibebaskan lebih awal.
Iklan
Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa Eda Ezrin bersama suami dan empat lagi rakan mereka terlepas daripada hukuman penjara selepas dibebaskan daripada tuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda yang ditemukan di dalam sebuah bilik hotel di Golok pada 1 November lalu.
Keputusan itu dibuat oleh dua panel hakim selepas meneliti semua keterangan saksi pendakwaan dalam prosiding sebutan semula kes yang berlangsung pada 11, 13 dan 14 Februari lalu.
Iklan
Bagaimanapun, meskipun dibebaskan daripada tuduhan tersebut, Eda Ezrin, suami serta empat rakannya tetap perlu kembali ke Penjara Wilayah Narathiwat bagi membolehkan pihak pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu.
Peguam bela yang mewakili Eda Ezrin, Sufian Abdul Aziz, berkata pendakwa raya boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh satu hingga empat bulan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lebih 100 penoreh getah di Kuala Krai ‘gantung’ pisau gara-gara pak belang"><meta itemprop="description" content="Lebih 100 penoreh getah di Kuala Krai ‘gantung’ pisau gara-gara pak belang
Kemunculan seekor ibu harimau belang bersama anaknya di beberapa kampung di Kuala Krai bukan sahaja mencetuskan kebimbangan penduduk, malah menjejaskan sumber pendapatan lebih 100 penoreh getah yang terpaksa menghentikan rutin harian mereka sejak hampir dua minggu lalu.
Lebih membimbangkan, haiwan pemangsa itu dipercayai berkeliaran di kebun getah dan semakin menghampiri kawasan penempatan penduduk sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk serta haiwan ternakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801601/edisi/kelantan/lebih-100-penoreh-getah-di-kuala-krai-gantung-pisau-gara-gara-pak-belang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ancaman #harimau #penorehgetah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-23T07:53:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P188S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqmxuu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqmxuu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqmxuu"></script>