MACHANG - Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun hampir putus dua jari selepas dipercayai terkena letupan mercun bola yang tidak sempat dilempar dalam kejadian di Batu 23, Jalan Sawmill, Labok, di sini, pada Jumaat.
Ibu tirinya, Siti Zuraini Mohamed, 24, berkata, kejadian itu hanya disedari pada Sabtu sekitar jam 11.30 pagi selepas remaja berkenaan mengadu sakit kepala dan tidak dapat bangun untuk bersahur.